Thursday 14 July 2011

Renung sikit...

Saya ni memang tertarik benar dengan bab2 motivasi ni..Hobi saya ni salah satunya suka beli buku2 motivasi..bayak jugak la stok, tapi rasenya byk jgkla yg blum khatam.hehehe..Dekat tv plak sy suka tgok program usrah, motivasi pagi dan byk lagi la kat tv program cam gitu. nak2 kat tv alhijrah..byk diselit kata2 motivasi..
Saya jugk suka sngat klu ade org nak bagi motivasi kat sy.. kira membebel kat saya la ni..tapi dalam erti kata lain yg boleh menaikkan semngat saya bukan membebel tak tentu hala..x suka!!. .kdg2 org membebel kat kita ni psl amik berat..mcam mak kita....

Oh lupe plak.. tadi ade dgar kata2: kalu kita nak kaya kena kayakan orang dahulu, kalu kita nak bahagia, kena bahagiakan orang, kalu nak berjaya, kena berjayakan orang dahulu..so sbg contoh kalu beli pakaian @ape2 kat peniaga kecil2lan ni x payah la tawar2..seringgit dua pun nak tawar..kesian dia..barang mahal2 xpe je kita beli kan..biar la kita kayakan makcik n pakcik tu..nanti InsyaAllah, dengan niat suci murni kita kita bleh jadi kaya...macam tu jgak dengan bahagia..buatlah hati mak, ayah, jiran2, rakan2 bahagia...nescaya kita akan turut bahagia...bila sume orang senang, kita pun turut sama senang hati kan??

Jd paling utama kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan ape yg kita ada..baru la hati kita sntiasa tenang..x payah nak risau tentang mslah2 yng x penting, sdangkan mslah yang lebih penting kita jarang ambik berat khasnya, menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t...
so, renung2kan..=))

Tuesday 5 July 2011

Mencari bahagia sebenar...

Ni saya nak kongsi sikit, knape yer....??

Diri berpangkat besar tetapi hati masih tidak puas. Wang lebih daripada lumayan tetapi hati masih tidak tenteram. Kerjaya yang dimiliki menduduki status tertinggi, tetapi masih tidak terasa nikmatnya. segala-galanya ada tetapimengapa masih tidak bahagia??

Apakah kebahagian yang sebenar??

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;
" bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta, tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud kaya hati ialah apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki. Harta benda bukan ukuran kebahagiaan seseorang tetapi kebahagiaan itu terletak pada hati.
dalam hal ini hati perlu dijaga haknya supaya lahir sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya...

'majalah nur'

Monday 4 July 2011

Siapa Anda Hari Ini?

Susah jika sudah jauh mahu kembali dekat kepada Allah. Bukan Allah itu jauh, tetapi kita yang menjauhkan diri dariNya. Kita memilih untuk jauh. Walhal nikmat Allah itu saja sudah cukup untuk membuatkan kita melihat kebesaran Allah.

Bukan tiada manusia yang sudah jauh kembali ke jalan Allah. Ramai. Bermacam-macam cerita tentang perubahan. Mereka mencari siapa Tuhan. Tidak salah untuk menyoal tentang sesuatu. Nabi Ibrahim a.s juga mencari Tuhan. Nabi Ibrahim a.s melihat tanda-tanda kekuasaan Allah dan membandingkannya. Dia bertanya macam-macam soalan kepada diri sendiri. Akhirnya, tiada yang dapat menandingi kuasa yang mengawal semua bulan dan bintang.

Hari ini mungkin kita hilang arah, tapi jangan lupa untuk mencarinya semula. Manusia ini memang pelupa, tapi jangan pernah jauh dengan Al-Quran dan As-Sunnah, kerana itulah petunjuk kita.
Kita mungkin hanya seorang penjenayah hari ini, tapi penjenayah juga boleh menjadi seorang ulama'. Diri kitalah yang harus membuat keputusan siapa yang kita hendak jadi hari ini. Seorang peragut atau seorang pejuang Allah? Berusahala menjadi lebih baik hari ini. Sesungguhnya pengakhiran itu lebih penting dari permulaan
www.iluvislam.com

tempat baru

skarang dah ada ruangan baru tuk saya menulis, berkongsi dan membebel...:p

Renungkan...

Powered by Blogger.